Search

FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN ( SIRI 13)
  • Share this:

FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN ( SIRI 13)

Susunan Fail

Fail adalah suatu yang biasa dalam pentadbiran samada di pejabat tanah, cukai, perlesenan, universiti malah di mahkamah. Kadang2 kuasa menguruskan fail ini untuk didahulukan atau dikemudiankan terserah kepada bos besar & kadang2 ditentukan pembantu bos besar.

Di mana fekah halal & haram di sini?

Kalau apa2 yang sepatutnya dicepatkan tetapi sengaja dilambatkan (apatahlah dihilangkan) atas dasar kepentingan pihak tertentu atau rasuah atau didorong oleh rasa bodek atau rasa terhutang budi, antara pelbagai sebab2 lain (semua ini diungkap dengan hanya satu ungakapan dalam al-Quran iaitu al-batil) ini semua adalah satu kesalahan. Ada fekah haramnya di situ.

Kalau mencuri atau membunuh atau meminum arak, mungkin disiasat & dijatuhkan hukuman. Tapi menterbalikkan fail dalam sebuah kamar atau pejabat yang tertutup....ahh...siapa tahu. Di sinilah selalu terputus mata2 rantaian hukum fekah dalam kehidupan. Ia lenyap. Tiada ulamak & pemikir agama yang bising tentang ini. Di sini juga bermula segala jenis korupsi & penganiyaan hak manusia sesama manusia.

Saya pun tidak sedar fakta ini sehinggalah pada awal tahun 2000an. Saya membaca kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah karangan Imam al-Mawardi. Ia sebuah buku tentang tanggungjawab pemerintah khususnya seorang hakim. Peliknya, bab tentang penguasa & hakim hanyalah beberapa muka surat sahaja. Bukan semua halaman tentang hakim; adab & tanggungjawab.

Jadi, apa dah jadi dengan buku ini? Ia menceritakan tentang etika & tanggungjawab pembantu2 seorang hakim. Setiap orang yang rapat dengan hakim & kamar mahkamah.

Di sinilah saya banyak berfikir. Ada yang tak kena yang mendesak Imam al-Mawardi menulis tentang perkara ini.

Banyak sangat konklusi minda saya. Antaranya, saya terfikir kadang2 keadilan boleh dilambatkan atau dilenyapkan akibat sikap & perangai pembantu2 seorang hakim. Fail boleh diterbalikkan atau dihilangkan dengan mudah. Tidak siapa yang sedar.

Dalam dunia moden, saya dengar banyak cerita macam ni. Adakah anda dengar juga?

#fekahhalalharam

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts